Sejak minggu lepas, 3 orang manusia tag aku. Mula-mula Radin Si Pawang Di Raja, pastu Natata Si Samurai Katana, pastu Firani Si Dayang Laut, pastu kena lagi dengan Radin Si Pawang Di Raja. Walaupun tajuk-tajuknya lebih kurang macam tag-tag sebelum ni, aku jawab jugak lah, demi persahabatan. Tapi aku campur semua sekali dan improvise sikit, macam url blog ni, ‘pasembur’ hehehe…
Tag Rawak Campur Pasembur.
1) Apa anda buat 5 tahun dahulu?
First kerja lepas grad. Pereka grafik kat satu syarikat penerbitan kecil di Titiwangsa. First time dok rumah bujang kat Jalan Gurney. 8 orang dok 3 bilik korang bayangkan? Tapi layan. Menapak ulang-alik ofis lalu Perpustakaan Negara, Balai Seni Lukis, Istana Budaya, Taman Tasik. Best sebab tengok warga metropolitan menghabiskan masa/minyak sangkut dalam jam.
2) 2 perkara/habit yang tidak diketahui/ganjil tentang diri anda.
• Aku tak suka orang tengok aku tengah buat kerja. Tak tau apsal, tapi memang dari kecik lagi. Mungkin sebab aku tak suka tunjuk kerja yang tak siap/dalam pembikinan. Dan aku tak suka kalau ada yang menyelit memberikan pandangan/idea-idea “bernas”/tak bernas untuk aku pakai. Aku lebih suka kalau kerja tu 100% hasil idea/buat aku sendiri. Maaf.
• Pernah digosipkan dengan Charlize Theron selepas aku diskandalkan dengan Maya Karin semasa kononnya aku menjalinkan hubungan dengan Catherine Bell pada masa yang sama mempunyai sugar mummy Nigella Lawson sebelum ura-ura pemfailan penceraian dengan Elisha Cuthbert. Tetapi semua itu terjawab selepas aku menemui Futunaku.
3) 3 tabiat buruk anda masa sekolah.
• Menggunakan tandas guru. Sebab aku tak dapat tolerate tahap “kebersihan dan kewangian” tandas murid. Bak kata Menteri Penerangan Shabery Cheek, “Percayalah”.
• Letak paku tekan atas kerusi kawan yang baru nak duduk lepas bangun mengucapkan terima kasih pada guru selesai sesi pembelajaran.
• Tak basuh kasut sekolah. Hanya kapur. Setahun sekali. Kot.
Jadi, dengan kuasa yang telah diberikan pada aku, aku nak tag rakyat-rakyat jelata berikut pula; Parameswaranch Meonjeng, Kerak Krakatoa Chartoa, Adia Putria Sarinana Sacha, Biggu Si Badang Besar, Seri Agustusia Ledipa, Medioka Romantika Siben, Panglima Rayamando Raymon dan akhir tapi tak kurang(last but not least), Fenomena Fofana Fina.
Enjoice!
















wow. gosip kau. bukan calang-calang orangnya.
cait.
Elisha Cuthbert kunun…
ROFL
ahahaaa… bak kata PCK, “don’t pray pray ah!”
apahal medioka romantika? tak ganas langsung!
will do will do..bg saya time untuk memeras kepala dahulu
hahaha saje je, kasi positif sket, asyik ’sadist’ je hehehe
ya ya sila sila, buat mcm rumah sendri
jawa siot nama aku.. hehe
hmmm charliza theron bangi?
kerak, jawa la kan, gunung krakatoa hahaha
‘meyam’, manada ‘charliza’ theron bangi. mustahil!
theron takde. tapi minouge ade la. hahahaha! more like liza minelli kot.. mmppffhhtt…
pergh meon, nnt marah kawan2 kita tu
fenomena fofana fina bobana nana lalala..
hahaha..tengs zam for tagging.dah lama takde org tag i.
jap aa..i nak kena ingt2 balik perkara pelik tentang diriku.
aku rasa lebih kepada natalie portman kot. setuju x meon
dennis hoffman la mayem. wakaka..
aku tau la ko tak dok bangi tp dok US bro, tapi jgn la perli sampai camtu.. ngeh ngeh
fina, haha no prob! ini semua heri punye pasal la, takde keje kat ofis hahaha
mayem n meon, natalie portman? dennis hoffman? pasal sape korang cite ni plak wehhh dem yu gaisss