It’s been a while since I last played the blog tagging game, so I’m gonna do this one by Radinator.
1 minit yang lalu, apa anda buat?
• Baca pos blog Radinator yang telah mentag aku! Nanti kau!
1 hari yang lalu, apa anda buat?
• Ponteng kerja, dan pergi menonton P Ramlee The Musical buat kali kedua dlm 2 minggu hehehe… BEST GILA WEH! Sila baca rebiu aku semalam.
1 hari lagi, apa anda akan buat?
• Pergi kenduri kahwin budak sekolah yang aku kenal dari tadika. Teringat balik kenangan silam kami, memang tak sangka dia dah kahwin.
1 orang yang terakhir menelefon kamu?
• Yassir, tanya macammana nak connect laptop dia dgn modem.
1 makanan yang baru dibeli?
• Nasi goreng ayam mamak Pelita Bangsar. Takde lah makanan baru pun, dah lama wujud. Perut aku dah proses pun.
1 barang yang baru hilang?
• Tsk, sensitif soalan ni. Aku taknak cite panjang… baca sendiri post ni.
1 cerita yang baru ditonton?
• Kungfu Panda. BEST. LAWAK. 5 bintang.
1 hal yang terakhir digosipkan?
• Tak perlu dikeudarakan di sini. Hanya pihak yang terlibat saja harus tahu.
1 kata yang ingin diluahkan?
• AKUPENATGILABABINAKTIDO
1 buku yang sudah dibaca?
• Paling latest, Extra Ordinary: An Amusing Guide for Unleashing Your Creativity daripada kakak aku tempoh hari.
1 penyakit yang sering datang?
• Selsema. Tapi semenjak dua menjak ni suara aku mcm kureng. Tak cukup rock.
1 keinginan?
• Ni.
Dan di sini dengan kuasa yang telah diberikan pada aku, ingin mentag 1. The Last Classical Man Standing, 2. Wendy In The Loo, 3. Space Cop Gaban, 4. Everybody Loves Raymond, 5. Hidup Orang Malaysia, 6. Depressed Sadist, 7. Panggil Aku Remy, 8. Chris Rock, 9. You, dan 10. Kau! Dengan segala hormatnya sila buat eh? Muahahaha!
















































oh saya di tag dalam bahasa melayu…
“but i sound stupid in bahasa melayu”
keh keh keh..
alrite mate, akan dibuat in the next entry.you asked for it!
hahaha jgn ckp, nanti kena sound dgn kementrian kebudayaan, pastu kena gam dgn rtm lak!
ye ye sila jgn memalu…
suke kau ye zam main tag-tag ni..tunggu kau..haha
suka la sekali-sekala layan tatkala boring hehe ye ye sila sila aku tunggu